06 Disember 2011

KELANTAN BUMI ANBIA!!!!!


Salam buat semua..


Terasa janggal apabila penulis mahu memulakan karangan kembali setelah 5 bulan pena tersimpan tanpa terusik.Selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2011.Perpaduan semakin kuat dipalu akhir-akhir ini.Tidak mustahil dengan kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh orang-orang UMNO ketika ini,ramai MP dan Adun daripada Puak Kartun bakal mengangkat kaki dari Dewan Rakyat mahupun Dewan Negeri.

Tidak sampai seminggu PAU 2011 berlabuh,tiba-tiba bumi kelantan berkocak angkara adegan Ustaz Budak yang menyamakan Mursyidol Am mereka adalah nabi.Beginilah yang bakal berlaku sekiranya kejumudan dan ketaksuban kepada pemimpin melebihi akal waras keimanan walaupun ilmu berkocak di dada sendiri.

Pas sebuah parti Islam yang ditunjangi orang melayu tidak boleh lari daripada pemikiran kejumudan mereka yang seolah-olah terlebih zahir daripada ahli zahir yang terdahulu.Mereka inilah sebenarnya yang menyempitkan ijtihad pada akhirin zaman ini.Mereka ini adalah perosak dan punca keruntuhan akidah umat Islam di negara ini.Amat malanglah bagi kita orang Islam di negara ini kucar-kacir angkara permainan mereka yang mengelarkan diri mereka alim ulamak padahal hanyalah bermotifkan hasrat peribadi di hati.

Bumi Kelantan sekarang ini bukan lagi bergelar Serambi Mekah tetapi telah terangkat setakuk lagi darjat apabila dianugerahkan pula dengan gelaran bumi Para Anbia.Rakyat Kelantan pastilah amat beruntung dengan kebodohan yang paling nyata ini.Nauzubillah.


Pena Berapi : Tok Guru Kencing Berdiri,Anak Murid Kencing Berlari???

30 November 2011

SAJAK KHAS PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011

 TANGISAN UNTUKMU BANGSAKU

Oh,bangsaku,
Dulu bangsamu dipandang tinggi,
Tapi kini bangsamu kian hanyut,
Di sungai yang tidak mengalir.
Dahan-dahan yang kaku,
Engkau perlekehkan untuk berpaut.

Dirimu lalai menikmati omongan dongeng,
Keasyikkan hikayat seorang penglipurlara.
yang pasti terus membuai-buai,
dan bergelendangan,
dibenak-benak akal.

Dirimu bangsaku,
Terus kelam dalam mengenal,
Yang mana intan dan yang mana kaca,
Sampah yang tengik kau sangkakan haruman kasturi,
Dirimu terus sesat dikala siang belum berlabuh.

Berkecai luluh bangsa sanjungan,
Angkara ketakburan mengejar kebatilan,
Menyepikan kesyumulan.
Hilai tawa terus berpanjangan,
Dibuai pujaan rasa takjub,
Atas nama bangsa pribumi.

Kekhilafan semalam,
Terus dibiar sepi,
Kerna dirimu tidak mengerti,
Khilaf semalam mungkin
Berulang lagi.

Rembesan mutiara ini,
Bukan petanda sebuah tangisan kelemahan
Tapi atas nama kesayuan,
Mengenang nasib bangsa sendiri,
Yang mungkin tenggelam dalam terjaga.

Sampai bila akan tamatnya cerita ini.
Menanti kedatangan percikan kesedaran,
Untuk melenyapkan sebuah mimpi yang tidak sudah.

P/S : Presiden UMNO pasti baca..hak hak hak

09 Mei 2011

KERAJAAN HARUSLAH TIDAK TERGESA-GESA MENAIKKAN HARGA MINYAK!!


Salam buat semua..


Kenaikan harga bahan bakar pastinya menyebabkan rakyat kelas bawahan merasai bahangnya.Seperti kita sedia maklum,kenaikan harga minyak pastinya akan memberi signifikasi terhadap harga-harga barang lain contohnya barang pengguna.Ini seterusnya membuatkan pemborong dan peruncit menaikkan harga barang-barang lain sehingga menjadi tidak terkawal dan melepasi harga syiling yang telah ditetapkan kerajaan.

Pastinya sejarah tidak pernah melupakan kita.  Pada tahun 2008, PM sebelum ini, Tun Abdullah telah menaikkan harga minyak secara tergesa-gesa sehinggakan berlaku kenaikan harga barang lain secara melampau-lampau.Walaupun harga bahan bakar diturunkan semula selepas itu, namun implikasinya amat besar terhadap harga barang-barang lain. Harga barang-barang tentunya tidak diturunkan semula kerana ianya bakal merugikan pemborong dan peruncit itu sendiri.Ini meyebabkan rakyat kelas bawahan menangung bebanan kos belian barangan yang tinggi.Ini menjadi salah satu sebab kemarahan rakyat sukar dibendung ketika ini.

Tidak perlulah pakar-pakar politik mahupun ekonomi menganalis akan hal ini.Kerana sifirnya cukup mudah.Kita tolak rakyat-rakyat yang berfikiran fanatik dan mengambilkira golongan majoriti.Apa yang mereka perlukan??

Pastinya,kehidupan yang tidak dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi menjadi hasrat di hati-hati kecil mereka.Ini yang meraka mahu dan perlukan.Tidak guna melaungkan gagasan yang indah khabar dari rupa sekiranya denyut nadi rakyat sukar kita dimengertikan.Tidak salah kerajaan menanggung subsidi yang besar untuk rakyat yang sepatutnya!Yang lebih penting,kerajaan mencari kaedah untuk mengekang pemberian subsidi kepada golongan yang tidak patut!Tidak wajar kereta yang dibeli mencecah ratusan ribu ringgit berkongsi harga petrol dengan pemilik kancil!

Ini yang harus dan perlu kerajaan buat dengan mencari kaedah yang bersesuaian agar ketirisan subsidi dihapuskan kerana wang kerajaan juga adalah wang rakyat.Perdana Menteri DS Najib,saya rasa sememangnya seorang pemimpin yang merasai denyut nadi rakyat dan perlu memikirkan perkara ini dan adalah baik sekiranya Tranformasi Ketirisan Subsidi juga dimasukkan di bawah NKRA Pemandu Jabatan Perdana Menteri.

Pena Berapi : Tidak pernah merasai petrol Ron 97

26 April 2011

JIKA UMNO SEKULAR,BUKANKAH PAS ITU LITERALIS??

Salam buat semua..




Artikel ini ditulis bukanlah lahir dengan semberono dan membabi buta.Tapi melalui hujah-hujah yang bersandarkan daripada pandangan menurut-menurut ulama seperti Yusuf al-Qardhawi,Hasan al-Hudaibi dan lain-lain lagi.

Saya tertarik untuk membincangkan perihal sistem pentadbiran yang sentiasa hangat diperdebatkan sehingga kini.

Malaysia Sebuah Negara Sekular?

Mungkin para sahabat daripada PAS mungkin tidak bersetuju dengan pandangan saya ini.Saya mengakui,dan berlapang dada kerana saya mengakui sememangnya saya bukanlah layak untuk membincangkan perihal ini kerana ilmu penulis bukanlah seluas para ulama dan ilmuan yang ada sekalian.Penulis hanyalah bersifat Dai’e iaitu meyampaikan apa yang diketahui untuk maslahat umat Islam sendiri di Malaysia.

Banyak pihak mengatakan,Sistem pentadbiran di Malaysia dikatakan lebih berpaksikan kepada demokrasi berbentuk sekularisme kerana berpaksi sistem yang dibuat oleh Barat.Isu ini senantiasa dimainkan oleh parti-parti PAS setiap kali menjelang pilihanraya.Buat makluman,pendefinisan demokrasi sukar diterjemahankan dengan sebenar-benarnya.Hingga kini,tiada siapa yang tampil untuk mengeluarkan hujahan yang benar-benar diakui makna sebenar demokrasi itu.Menurut Syed Ahmad Husin,”Mungkin tiada perkataan dalam ilmu politik yang lebih kabur berbanding demokrasi”

Tidak bersetujukah kalian-kalian bahawa Malaysia ini merupakan sistem yang penuh kesederhanaan (al-Wassatiyah)?Antara ciri-ciri ini adalah mengutamakan hal-hal yang lebih memudahkan agama(bukan ambil mudah suruhan agama) dan menghindarkan jalan-jalan yang menyulitkan.

Bukankah dalam masalah ijtihadiah, para pemerintah membebaskan diri dari fanatisme mazhab dan fleksibel terhadap perubahan zaman,tempat,tradisi dan keadaan.Bukankah Islam itu berbentuk kesyumulan?Bukanah ia merangkumi segala pengertian dan tidak semata-mata pemikiran jumud?

Bukankah masyarakat yang ada di negara kita ini mengamalkan sistem al-Wassatiyah iaitu,sentiasa mengamalkan kesederhanan dalam pemikiran agama kerana kita kita semua ketahui bahawa Allah SWT sentiasa membuka pintu ijtihad hingga ke hari akhirat?Masyarakat yang bersederhana ini sememangnya berada ditengah-tengah bagi penggunaan nas dan logik.Berada ditengah-tengah antara mazhabiyyah,ditengah-tengah antara furu’ dan usul,dan tidak berlebihan dalam beragama? Bukankah ini yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia?

Tidak bersetujukah sekiranya penulis mengatakan sistem pentadbiran yang ada kini bernuansakan Rabbaniyah,syumul,anjal,universal,seimbang,insaniyah dan waqi’iyah?Tidakkah kita sedari baawa masyarakat di Malaysia ini tidak terpengaruh dalam mana-mana sikap fanatisme,kejumudan dan bermusuh-musuhan?

Bagi penulis,inilah masyarakat yang dipertahankan oleh UMNO khasnya untuk kemaslahatan rakyat keseluruhannya.

Cuba dibandingkan pula sistem yang diterapkan oleh PAS!Bukankah kelompok dalam PAS itu menanamkan sistem Literalis dalam perjuangan mereka?Yakni kelompok mereka yang terkenal dengan kejumudan dalam pemikiran,literal dalam fikh,dan suka mengeluarkan fatwa yang melampau dan sulit dalam dakwah sepertimana diijtihadkan tuan guru mereka?

Antara ciri-ciri kelompok yang mengamalkan literalis ini ialah menolak usaha dalam pembaharuan agama dan ijtihad dalam fikh.Mereka lebih zahiriah daripada Ahli Zahir yang terdahulu sedangkan mereka tidak mempunyai ilmu seluas ahli zahir yang terdahulu.Mereka ini mengutamakan soal furu’iyyah berbanding hal-hal yang disepakati oleh para alim ulama.Bukankah ciri ini menggambarkan tentang kelompok PAS yang terdapat di negara ini?

Sekiranya PAS mengatakan UMNO itu sekularisme,maka UMNO juga oleh mengatakan PAS itu Literalis!Natijahnya, siapa akan lebih dipercayai dalam urusan agama kini dan kelak?Sama-sama kita merenung nasib umat Islam akhirin zaman.Wallahuallam

Firman Allah SWT kira-kira maksudnya :"Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal ia buruk bagi kamu"


Pena Berapi : Umat Terdahulu Diazab Kerana Tidak Pernah Ingin Bersyukur..

TUNGGU ARTIKEL PENYELEWENGAN SELANGOR GLC

23 April 2011

HIKAYAT PROKSI ANWAR CEO RAFIZI RAMLI - BAHAGIAN 2 SANDIWARA DISEBALIK JAWATAN PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

(DISINILAH ANWAR MULA MENGENALI RAFIZi)

Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai tokoh usahawan yang muncul selepas DEB dilaksanakan terkontang-kanting untuk mencari suntikan pelaburan asing ke Negeri Selangor.Ini jelas apabila FDI asing merosot teruk 3 tahun selepas Pasca PRU12. Atas cadangan Rafizi yang dijolok al-juburi untuk membawa masuk Anwar ke Pejabat Ekonomi Menteri Besar dilihat mampu merangsang kemasukan FDI asing tersebut.

Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim yang menyedari aura yang dimiliki al-juburi di luar negara mampu membawa pelaburan asing ke Negeri Selangor.Walaupun al-juburi yang melantik Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar selangor ,apa yang tersiratnya sebenarnya,al-juburi mahu berselindung disebalik Gagap Kepala Bengap Khalid ibrahim yang dijadikan boneka Menteri Besar.al-juburi sengaja tidak meletakkan anak emasnya sendiri bagi mengelakkan palitan sekiranya berlaku apa-apa kemungkin dalam pentadbiran Kerajaan Selangor.

Sekiranya,Jambu Hangat Anwar,Azmin Ali diberikan jawatan MB Selangor,maka modus operandinya untuk mengeroyok harta kekayaan Negeri Selangor mungkin tidak akan terlaksana dengan lebih cepat.Sememangnya akan ramai musuh-musuh yang akan memasang jerangkap samar bagi memerangkap kebobrokan al-juburi dalam membalun khazanah rakyat Selangor tersebut.

Oleh itu,Anwar yang terkenal dengan kelicikan menggunakan Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan meminta MB Boneka tersebut menerima Rafizi sebagai CEO Pejabat Ekonomi Menteri Besar bagi membolehkannya mengawal Selangor GLC.

Sebaik sahaja Rafizi naik sebagai CEO Pejabat Ekonomi Selangor,penstrukturan semula Selangor GLC dilakukan.Ramai kroni-kroni Anwar dulu ditempatkan dibahagian-bahagian strategik dalam Selangor GLC bagi membolehkannya GLC terbabit berjalan mengikut telunjuknya.

Kejadian pengambilan pasir di Selangor tanpa permit dikawal oleh Anwar dan Pengurus Besar Kumpulan Semesta adalah seseorang yang loyalist kepada Anwar.Atas satu perjanjian dengan Singapura bagi kemasukan pelaburan Singapura ke Selangor,Kerajaan Selangor telah diwajibkan ubtuk menghantar bekalan pasir ke Singapura dalam kadar tertentu.Kejadian ini disahkan apabila Kastam Malaysia mendapati lori berpendaftaran Selangor terlampau kerap keluar masuk ke Singapura.Bekalan yang dibawa lori-lori tersebut adalah pasir.

Rancangan terbaru daripada Penasihat RM1 ini adalah untuk menjual 10% kepentingan salah sebuah Selangor GLC yang mana syarikat Singapura itu diterajui oleh seorang warganegara Israel dan salah seorang ahli Parlimen DAP mempunyai kepentingannya.Nilaian saham yang bakal berpindah tangan ke syarikat Singapura tersebut adalah kira-kira 200 juta.Komisen yang bakal diterima oleh Anwar melalui syarikat proksinya iaitu WorldNG Consultant adalah dalam lingkungan 5 hingga 10% iaitu kira-kira 10 hingga 20 juta.

Dalam penjualan pasir ke Singapura,Kerajaan Negeri Selangor hanya memperolehi hasil sebanyak RM 5 juta lebih walaupun hasil sebenarnya mengikut pasaran semasa adalah RM 50 juta.Melalui sebuah Syarikat proksi seorang EXCO DAP Selangor yang memperolehi kontrak pembekalan tersebut,PKR memperolehi komisen sebanyak RM 5 juta setahun dan selebihnya dikaut oleh DAP.

Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang begaji RM1,Anwar bijak untuk memalukan kerajaan Pusat yang diterajui BN yang rata-rata elaun Pengerusi dibayar berpuluh-puluh ribu sebulan.Strategi ini banyak menarik perhatian pemimpin-pemimpin utama daripada rakan pakatan sendiri walaupun niat sebenar Anwar adalah sebaliknya.

Dengan adanya Rafizi Ramli sebagi CEO,segala kegiatan tersembunyi al-juburi akan gagal dikesan oleh sekalian rakyat Selangor mahupun pemimpin-pemimpin BN Selangor sendiri.

***************************

Bersambung Bahagian 3

- Cadangan Penjualan Saham Selangor GLC


22 April 2011

HIKAYAT PROKSI ANWAR CEO RAFIZI RAMLI - BAHAGIAN 1 DARI PETRONAS KE PEJABAT EKONOMI MENTERI BESAR SELANGOR

(DISNILAH ANWAR MULA MENGENALI RAFIZI)


Rafizi Ramli bukanlah nama besar dalam politik Malaysia mahupun AMK seperti Ezam,Shamsul Iskandar ataupun Badrul Shaharin.Karier politiknya mencacak naik ketika Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim mengambilalih Selangor daripada Khir Wak Joyo.Rafizi kini adalah Pengarah Strategi Keadilan yang mana adalah jawatan ihsan yang diberi oleh al-juburi.

Siapa sangka,pemuda yang baru menginjak usia awal 30 an ketika itu boleh berkuasa sehingga mampu mengemudi Selangor GLC.Jawatan terakhirnya sebelum ditunjukkan pintu bilik CEO Pejabat Ekonomi Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim adalah Pengurus Kanan di sebuah anak syarikat Petronas dan Bekas Pengurus Besar Pharmaniaga

Tiada siapa menyangka,anak muda yang menginjak awal 30 an ketika itu tiba-tiba menjadi begitu berkuasa sehingga mampu menentukan rangka dasar Selangor GLC.Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa anak muda dari Kemaman ini menjadi pilihan Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim.

Sebenarnya,kemasukan Rafizi ke pejabat Ekonomi Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim adalah disebabkan dorongan Anwar al-juburi disebalik tabir sehingga mencantas tokoh-tokoh ekonomi anak Selangor sendiri.Ketika itu,Anwar melihat kemasukan Rafizi ke dalam Pejabat Ekonomi Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim mampu memudahkan dirinya sendiri menguasai lubuk kekayaan Selangor GLC khususnya,KDEB,PKNS,PNSB,Kumpulan Peransang dan lain-lain lagi.

Anwar mengerti tanpa sokongan dana yang berterusan dan kuat,dia tidak akan mampu mengerakkan jentera PKR yang sememangnya memerlukan perbelanjaan yang besar bukannya seperti kemasukannya ke dalam UMNO dulu yang hanya perlu mencuci tangan untuk mengeroyok kekayaan daripada Khazanah Negara.

Oleh itu,Anwar sekali lagi meyusun strategi yang sama seperti mana dia membalun kekayaan ketika menjawat Menteri Kewangan dulu.Anwar dengan niat yang sama ketika dalam UMNO dulu telah menyusupkan seorang anak muda yang sememangnya sangat setia dan hormat kepadanya iaitu Rafizi Ramli.Melalui Rafizi,sayap pengaruhnya dalam pentadbiran GLC Selangor akan lebih mudah disusupi untuk membantu sekali lagi para proksinya mencari dana bagi mempersiapkan PKR menghadapi PRU 13.Sepertimana proksi-proksinya yang telah membalun berbilion-bilion ringgit dalam khazanah Malaysia suatu masa dahulu,kini giliran Selangor GLC dilihat sebagai lubuk perak bagi mengganti lubuk emas sebelum ini untuk memenuhi kantung-kantung PKR dan kocek-kocek kroninya.

Walaupun Rafizi mengetahui Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim adalah bosnya,tetapi segala maklumat mengenai ekonomi dan perjalanan setiap Selangor GLC akan disampaikan terus kepada anwar al-juburi.(Sebelum al-juburi dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor).Walaupun setiap permohonan permit ataupun tender Kerajaan Selangor yang diwar-warkan tender terbuka,sebenarnya kelulusannya adalah di tangan anwar al-juburi.Oleh itu,menjadi tugas Rafizi bagi meyakinkan Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim untuk menggunakan pen saktinya meluluskan tender atau permit tertentu.Anwar bijak menyembunyikan gerakan gerilanya sehingga ke hari ini Gagap Kepala Bengap Khalid Ibrahim gagal menghidu perkara ini.

**********************

Bersambung di bahagian 2

-Muslihat Jawatan Penasihat Ekonomi-


ADUN TEGANU : HANYA YB RAZIF AKTIF BERBLOG!!

Salam buat semua.

Hari ini penulis mempunyai banyak masa terluang untuk menjengah laman-laman blog yang berpaksikan kerajaan mahupun pembangkang.Cuma penulis sedikit terkilan,kerana Adun-Adun Terenganu jarang menggunakan blog sebagai wadah penyampai maklumat perkembangan terbaru di kawasan mereka ataupun sekadar memberi pandangan tentang isu-isu semasa.

Mungkin ada sesetengah YB tidak mempunyai blog sendiri ataupun kesilapan penulis kerana gagal mencari blog-blog wakil-wakil rakyat ini.Sepatutnya keadaan ini tidak berlaku,kerana pada zaman internet d hujung jari ini,segala maklumat dan kegiatan di kawasan mereka akan lebih cepat dan pantas diketahui.

Dengan adanya blog setiap wakil rakyat,ini dapat memudahkan interaksi YB dengan masyarakat setempat dan mendekatkan diri mereka dengan rakyat setempat.Hanya beberapa blog wakil rakyat yang dilihat aktif dikemaskini.

Antara yang paling dominan adalah Blog YB Ahmad Razif, ( http://ybrazif.blogspot.com.)
Walaupun YB Razif adalah Exco Kanan Kerajaan,dan pasti sibuk menghadiri pelbagai majlis formal dan tidak formal,beliau dilihat menggunakan wadah penyampai terkini ini untuk menyampaikan informasi kepada rakyat mengenai aktiviti terkini beliau.



Selain itu,blog YB Nasir,Ahli Parlimen Kuala Nerus juga dilihat aktif mengemaskini blog beliau.Manakala blog YB Rosol Wahid,Adun Ajil pula dilihat lebih menjurus kepada pendapat dan cetusan rasanya yang tersendiri.Selain itu,blog seperti YB Ramli Nuh dilihat jarang-jarang dikemaskini dan blog lain-lain wakil rakyat gagal penulis menemuinya.

Manakala blog pegawai penyelia Dun yang aktif adalah blog Zaidi Muda,bekas calon BN Dun Bukit Payung yang kini menjadi Pengawai Pembangunan Dun Bukit Payung.


Pena Berapi : Orang Dah Sampai Ke ISS,Kita Masih Terbang Atas Kapcai Tengah Jalan!